Polis menemui empat beg plastik mengandungi kesan cat berwarna merah dan biru yang boleh membantu siasatan polis bagi mengesan pelaku yang menyimbah cat pada papan tanda dan pagar di pintu masuk kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihak Jabatan Forensik akan melakukan siasatan bagi mengesan cap jari pada plastik itu bagi mengesan individu yang melakukan perbuatan itu.